Muka Depan
 
  Sukan Borneo
 
  Kontinjen Sukan
 
  Logo & Maskot
 
  Jenis Sukan
 
  Ahli Jawatankuasa
 
  Perasmian & Penutup
 
  Tuan Rumah
 
 

Selamat Datang - SUKAN BORNEO 1 - The Spirit of Borneo - 17 hingga 21 Disember
ATURCARA MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN SUKAN BORNEO I, SABAH 2005
Tarikh : 19 Disember 2005, Tempat : Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

7.00 malam Ketibaan Ahli Jawatankuasa.
7.15 malam Ketibaan Kontinjen-kontinjen.
7.25 malam Ketibaan Dif-dif Undangan.
7.30 malam Ketibaan Yang Berbahagia Puan Suzannah Liaw, Setiausaha Tetap, Kementerian Belia dan Sukan Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan Borneo I, Sabah 2005.
7.35 malam Ketibaan Ketua-ketua Delegasi Sukan Borneo I, Sabah 2005.
7.40 malam Ketibaan Yang Berhormat Datuk Masidi Manjun, Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah serta isteri.
7.45 malam Ketibaan Yang Berhormat Pembantu-Pembantu Menteri, Timbalan-Timbalan Speaker dan Yang Berbahagia Setiausaha Persekutuan Sabah.
7.50 malam Ketibaan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Sabah serta isteri masing-masing.
  Ketibaan Yang Berhormat Menteri-Menteri Negeri Sarawak dan Menteri Menteri Negara Brunei Darussalam serta isteri masing-masing.
7.55 malam Ketibaan Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah serta isteri.
8.00 malam Keberangkatan tiba Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Bin Abdullah, Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Dayang Masuyah binti Awang Japar.
  Lagu Kebangsaan dan Lagu Kebesaran Negeri Sabah dimainkan.
  Perbarisan Lintas Hormat Kontinjen.
  Ucapan oleh Yang Berhormat Datuk Masidi Manjun, Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah.
  Lafaz Perasmian Pembukaan Sukan Borneo I, Sabah 2005 oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.
  Penyampaian Cendera Kenangan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah.
  Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, diiringi oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah dan Ybhg. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan Borneo I, Sabah 2005 diperkenalkan kepada Ketua-ketua Kontinjen.
  Upacara menaikkan Bendera Kejohanan.
  Lafaz ikrar Kejohanan.
  Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Nur Ain dari Daerah Ranau.
  Persembahan Musik dari Kumpulan Suara Merdu Kinabalu.
  Persembahan Hiburan dari Felix dari Akademi Fantasia 3, dan Yanie dari Mentor.
  Lagu Kebangsaan dan Lagu Kebesaran Negeri Sabah dimainkan.
  Keberangkatan balik Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Bin Abdullah, Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Dayang Masuyah binti Awang Japar, diiringi oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah dan Ybhg Datin serta Dif-dif Undangan yang lain mengikut susunan Keutamaan masing-masing.
10.30 malam Majlis dijangka selesai.

 

 

 

 


JADUAL

 

Disember 2005
A I S R K J S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Peta Bandaraya KK

Peta Negeri Sabah